TENTANG KAMI

Sajdah Madani, sejadah berkualiti premium yang di inspirasikan dari keindahan MasjidilHaram di Makkah al Mukarramah dan Masjid Nabawi di Madinah al Munawwarah. Sajdah Madani adalah antara produk berkualiti tinggi dan ekslusif oleh syarikat Aryaf Taibah yang merupakan pengedar rasmi Malaysia bagi MADA Carpet, sebuah syarikat pengeluar sejadah terkemuka di Saudi Arabia.

Sajdah Madani menjadi pilihan terunggul sebagai cenderahati dari Haramain. Keselesaan dan keindahan Sajdah Madani adalah penghargaan terbaik bagi pencinta dan perindu Haramain. Digabungkan dengan 2 kebaikan dari Madinah al Munawwarah iaitu wangian ilham Raudah (Aura Madani) dan kurma (Madani Dates), bersatu dalam persembahan pembungkusan yang premium.

Semua gabungan kebaikan ini menjadikan Sajdah Madani dekat dihati anda, melunasi kerinduan anda kepada Haramain, juga membangkit semangat berkunjung ke Haramain.

#FromMadinahWithLove
#SajdahMadani

KUALITI SEJADAH PREMIUM DARI MADINAH

Salam Sayang dari Madinah,

Tuan Puan yang dihormati,

Kenangan di Madinah & Makkah, 
Setiap memori manis membuahkan kerinduan, 
Setiap kerinduan jika tak diubati menambah derita cinta,
Yang belum berkunjung juga terkena tempias kerinduan,
Apatah lagi yang sudah kakinya menyentuh bumi Haramain,

Kami di Sajdah Madani komited mengubat kerinduan anda kepada Haramain  dengan membawakan produk sejadah serta cenderahati berkualiti tinggi  kepada anda langsung dari bumi barokah Tanah Suci Madinah al Munawwarah, Kota Rasulullah ﷺ.

Kerinduan anda kepada Masjidil Haram, Jannatul Raudah dan Masjid Nabawi mampu terubat dengan puluhan senireka sejadah berkualiti premium edaran kami Sajdah Madani, sebagai pengedar tunggal pengeluar sejadah terkemuka Arab Saudi iaitu MADA Carpet.

Sejadah inspirasi Haramain ini adalah hadiah terbaik untuk melunaskan kerinduan anda dan sebagai pemangkin semangat untuk beribadah dan berziarah lagi ke Madinah al Munawwarah.

___________________________________________________________________

Sajdah Madani mempunyai ciri ciri permaidani solat yang eksklusif iaitu:
i. diperbuat daripada benang yang bermutu tinggi,
ii. kami hanya bekalkan sejadah yang selesa dengan ketebalan 6mm hingga 8mm sahaja,
iii. fabrik yang berkualiti tinggi dan boleh dibasuh.
iv. produk sejadah asli keluaran Madinah kilang permaidani milik Al Rajhi Holdings.
v. sangat sesuai dijadikan hamparan solat berjemaah di rumah atau juga sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja kerana ianya mempunya nilai keindahan dan kesenian yang tersendiri inspirasi dari Haramain.

DAPATKAN KOLEKSI SAJDAH MADANI ANDA HARI INI

Berbagai pilihan sejadah premium bakal menjadi milik anda

Shopping Cart