Inspirasi Jannatul Raudah

Jannatul Raudah adalah ruangan yang barakah menjadi tumpuan umat Islam di Masjid Nabawi, Madinah al Munawwarah. Berada di dalamnya seolah olah berada di dalam syurga, hati menjadi tenang dan antara tempat doa diangkat ke langit. Raudah adalah tumpuan istimewa, segala yang berada didalam dan disekelilingnya adalah menjadi inspirasi dan pengubat rindu kepada para pencinta Madinah al Munawwarah. Antaranya ialah inspirasi daripada permaidani solat yang diciptakan khusus untuk Jannatul Raudah dengan corak senireka indah dan terkenal berwarna hijau, Mihrab Nabawi dan lain lain struktur binaan yang menjadi simbolik Masjid Nabawi. Ianya adalah aspirasi kepada para perindu untuk berziarah lagi ke Masjid Nabawi.

Showing all 11 results

Shopping Cart